China Mampu Banteras Penularan Wabak Koronavirus? Ini Perkembangan Terkini!

856

Dilaporkan setakat ini jumlah kematian akibat wabak koronavirus di China telah meningkat kepada 636 kematian berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Negara pada hari Jumaat.

Dalam masa yang sama, kes penularan wabak koronavirus telah mencatat sebanyak 3,143 lagi kes baru yang telah di kesan di seluruh negara dan hal ini menyebabkan jumlah kes jangkitan melonjak kepada 31,161 kes.

Penularan wabak itu pada hari ini telah membunuh 2 orang di China, 1 di Hong Kong dan 1 lagi di Filipina. Kini sekurang-kurangnya 25 negara telah mengesahkan kes wabak koronavirus. Ketua pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom mengatakan bahawa badan itu memerlukan sebanyak $675 juta untuk membantu negara-negara menangani penularan wabak tersebut.

Pada hari dilaporkan di Singapura bahawa terdapat kes baru dilaporkan dan ini secara tidak langsung meningkatkan jumlah kes meningkat kepada 33 kes yang terkait dengan koronavirus. Bukan sahaja Singapura, Malaysia yang merupakan negara jiran juga terpalit sama. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, Malaysia kini telah mencatat sebanyak 15 pesakit yang terjangkit wabak koronavirus berdasarkan yang dilaporkan oleh laman sesawang AlJazeera.

Di sisi lain, pada hari ini juga Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi Presiden A.S Donald Trump dalam memberi maklum balas terhadap wabak koronavirus. Menurut Xi, kerajaan China telah mengerahkan segala usaha untuk memerangi wabak  koronavirus termasuk mengambil tindakan pencegahan dan pembendungan yang paling komprehensif dan ketat.

Dalam perbualan telefon dengan rakan dagang ekonomi iaitu AS, Xi telah memberitahu kepada Trump bahawa China secara beransur-ansur dalam mencapai hasil yang baik. Lanjut Xi, China yakin dapat membendung dan menangani wabak tersebut dan ekonomi negara tidak akan berubah dalam jangka masa panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat