China Perlukan Sasaran Pertumbuhan yang Lebih Fleksibel Bagi Tahun 2017!

31

Penasihat People’s Bank of China iaitu Huang Yiping mengatakan bahawa China perlu menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi yang lebih fleksibel bagi tahun 2017 untuk memberi ruang kepada pembuat dasar dalam membuat pembaharuan.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, beliau mencadangkan sasaran 6 hingga 7 peratus kadar pertumbuhan untuk tahun ini berbanding 6.5 hingga 7 peratus yang telah diletakkan pada tahun lepas. Angka ini juga merupakan kali pertama turun sasaran 7 peratus berbanding pada tahun 2015.

Presiden Xi Jinping juga ada mengatakan sebelum ini bahawa beliau mahu pengembangan secara purata kepada sekurang-kurangnya 6.5 peratus dalam tempoh 5 tahun menjelang 2020. Tahap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan kasar turut diramal meningkat dua kali ganda daripada tahun 2010.

Huang yang juga merupakan professor ekonomi di Peking University mengatakan bahawa sasaran pertumbuhan akan lebih meluas sekiranya sektor pekerjaan dinilai stabil.

Presiden China juga dinilai terbuka jika pertumbuhan berada pada 6.5 peratus berikutan peningkatan jumlah hutang di negara teresebut dan kebimbangan mengenai ekonomi global yang tidak menentu selepas kemenangan Trump dalam pilihanraya lepas.

Harga Minyak Terus didagang Tinggi dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat