China Tak Faham Keadaan Sebenar TikTok Di AS!-Zhang Yiming

438

Pengasas ByteDance, Zhang Yiming memberitahu para pekerjanya hari ini bahawa terdapat salah faham yang muncul di media sosial China mengenai keadaan TikTok di Amerika Syarikat dan mendedahkan bahawa syarikat itu bakal menghadapi lebih banyak kesulitan ketika sentimen anti-China meningkat di luar negara.

Kritikan tersebut didakwa berpunca daripada perbincangan syarikat itu dengan Microsoft Corp untuk menjual operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Sejak semalam, beberapa pengguna Weibo yang diibaratkan sepertiTwitter China mengatakan mereka akan menyahpasang aplikasi video pendek milik ByteDance, Douyin dan pengumpul berita, Jinri Toutiao kerana mereka mendakwa bahawa ByteDance telah menyerah diri terlalu cepat kepada Washington.

Manakala terdapat juga individu yang mendesak agar ByteDance belajar daripada syarikat gergasi Amerika Syarikat itu, dan bukannya menjual operasinya.

Menurut Zhang, kumpulan tersebut telah salah faham berkenaan keadaan sebenar TikTok di Amerika Syarikat. Oleh itu, beliau telah menjelaskan bahawa tujuan Washington adalah bukan untuk memaksa penjualan operasi TikTok AS melalui Jawatankuasa Pelaburan Asing di AS (CFIUS) tetapi untuk menyekat aplikasi tersebut, dan ByteDance tidak mempunyai pilihan lain selain daripada hanya menuruti proses undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada mulanya menolak idea menjual operasi TikTok AS kepada Microsoft tetapi telah mengubah fikirannya berikutan dengan tekanan dari beberapa penasihat dan banyak pihak dari parti Republikan, kerana sekatan terhadap TikTok dapat mempengaruhi para pengundi golongan muda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat