China Tekad Lancarkan Sistem Penjejakan Transaksi Kripto dan NFT!

940

China menapak mara ‘menghapuskan’ jejak kripto di negara itu.

Selepas mengharamkan perdagangan kripto, People’s Bank of China (PBOC) akan lancarkan pula sistem penjejakan aset maya: mata wang kripto dan non-fungible token (NFT) sebagai usaha untuk menangani jenayah yang melibatkan teknologi maya.

Pada masa yang sama, negara itu bersedia untuk manfaatkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin.

Pengarah PBOC, Gou Wenjun mendedahkan aset maya memainkan peranan penting dalam menjejaki transaksi haram termasuklah peras ugut; penyeludupan dadah; perjudian dan pengubahan wang haram; cabaran terhadap risiko penyeliaan dan tadbir urus; ancaman hak pelabur; serta perlindungan kewangan dan ekonomi.

Disebabkan itu Gou percaya pihak bank perlu mengukuhkan pantauan dan analisis bagi transaksi aset maya, malah memastikan ketulenan pihak sebenar yang terlibat dalam transaksi aset maya.

Usaha penjejakan transaksi aset maya bagi domestik dan antarabangsa membabitkan kerjasama antara 60 agensi kecerdasan kewangan luar negara dengan bank pusat China.

Bank pusat turut akan menambahbaik ketelusan aset maya; meneroka penggunaan dasar perundangan bagi menentukan intipati dan kesan aset maya.

Perkara ini juga melibatkan bimbingan terhadap pasaran untuk mengabaikan bayangan anarki dan desentralisasi.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat