Alibaba Pun Angkat Kaki, Hentikan Perdagangan Peranti Perlombongan Kripto

183

Alibaba telah mengambil keputusan untuk menyekat penjualan keperluan dan peranti perlombongan matawang kripto di platformnya.

Khabar drastik tersebut diumumkan semalam menerusi laman web rasminya dan sekatan akan bermula pada 8 Oktober 2021.

Tindakan terbaru Alibaba mencerminkan kepatuhannya terhadap People’s Bank of China (PBOC) yang mengisytiharkan pengharaman aktiviti perdagangan kripto di negara itu baru-baru ini.

Lanjutan daripada pengumuman itu turut mendedahkan sekatan penjualan alat perlombongan kripto adalah tanda sokongan terhadap penjualan matawang maya seperti Bitcoin (BTC), Litecoin (LTC), BeaoCoin, QuarkCoin, dan Ethereum (ETH).

Alibaba juga mahu memansuhkan dua kategori jualan yang berkaitan dengan perlombongan.

Firma ini merupakan yang terbaru selepas Huobi dan Binance mengesahkan penutupan akaun baharu pengguna China.

Tekanan terhadap sektor kripto bukan sahaja bermula dengan kerajaan tetapi juga melibatkan penguatkuasaan undang-undang. Dilaporkan sekurang-kurangnya 7 badan kerajaan termasuk PBOC dan Securities Regulatory Commission telah bersetuju dengan sekatan ini.

Sejak awal tahun ini lagi China sudah mula mencengkam sektor kripto hingga menyebabkan beberapa pelombong kripto berpindah ke luar negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat