3 Tan Mesin Perlombongan Kripto Dipindahkan Dari China

3,401

Firma logistik Guangzhou pada hari ini mengesahkan sekurang-kurangnya 3,000kg lambakan mesin perlombongan bitcoin dari China telah dipindahkan ke Maryland, Amerika Syarikat (AS).

Kebanyakan ‘kilang’ terpaksa ditutup susulan daripada keputusan kerajaan China untuk menyekat aktiviti perlombongan bitcoin di negara itu. Rata-rata pelombong mengambil keputusan berpindah ke luar negara dan destinasi yang telah dikenalpasti ialah AS.

China ada menjelaskan keputusan diambil adalah kerana faktor penggunaan tenaga yang tinggi dalam aktiviti perlombongan bitcoin. Sebagai rekod, mereka mendapati penggunaan tenaga bagi tujuan perlombongan bitcoin mencapai paras tertinggi berbanding di Netherlands.

Mungkin masih ada yang tidak faham mengapa ia menjadi isu; kerana ia masih menggunakan bahan bakar fosil bagi menjana elektrik, sekaligus ini menyumbang kepada penghasilan 70% gas rumah hijau. Secara tidak langsung, pemanasan global meningkat seluruh dunia.

Boleh jadi juga ini merupakan salah satu persediaan penggunaan matawang digital bank pusat (CBDC), yuan digital di negara itu, memandangkan matawang kripto acapkali menjadi alasan peningkatan aktiviti penyelewengan wang dan pembiayaan keganasan.

Adakah ini menjadikan AS sebagai pangkalan terbaharu bagi aktiviti perlombongan?

Masih belum jelas sejauh mana pelombong China akan pergi kerana masih banyak faktor perlu diambil kira sebelum membuat pilihan destinasi muktamad.

Bitcoin (BTC) pada hari ini meneruskan ‘terjunan ngeri’, menghampiri paras $30,000 dengan nilai semasa penulisan direkod di paras $32,661, menyusut hampir 8% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat