Bitcoin (BTC) Semakin Kritikal, Lebih 90% Perlombongan Di China Akan Ditutup!

4,552

26 pusat perlombongan Bitcoin (BTC) di Sichuan, salah satu daerah China yang merangkumi aktiviti perlombongan tertinggi dilaporkan telah diarah tutup oleh pihak berkuasa tempatan semalam.

Secara tidak langsung menjadikan lebih 90% atau satu pertiga kapasiti perlombongan Bitcoin global akan ditutup ketika pengawal selia di wilayah utara dan barat daya China turut mengambil langkah tegas yang sama.

Kadar hashrate Bitcoin juga turut menerima impak penutupan aktiviti perlombongan di Sichuan.

Berdasarkan rekod, kadar hashrate telah susut 46% sejak pertengahan Mei kepada paras terendah 91.2 EH/s, hampir separuh daripada ketinggian 171.4 EH/s yang direkod hampir enam minggu lalu.

Kali terakhir hashrate BTC berada paras terendah adalah pada 3 November 2020.

Hashrate merujuk kepada kelajuan pelombong menjalankan pengiraan proof-of-work (PoS) sesaat. Semakin tinggi hashrate, semakin banyak blok yang dilombong – bermakna semakin tinggi peluang bagi pelombong individu untuk menyelesaikan blok dan menerima Bitcoin yang baru dilombong.

Ketinggian hashrate juga memberi jaminan keselamatan rangkaian daripada serangan 51%.

Penyelesaian kepada isu sekatan perlombongan di China adalah dengan berpindah ke luar negara. Seperti jawapan daripada insider daerah Sichuan: “Pihak kami sedang berusaha mencari peluang melombong di luar negara untuk meletakkan peranti perlombongan di sana.”

Amerika Utara dan Rusia merupakan antara negara yang masih menerima kripto, sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Ketika penulisan, BTC semakin kritikal dengan nilai semasa $32,901, susut lebih 7% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat