Pulak Dah! Janet Yellen Tak Yakin Dengan Kripto

3,512

Kenyataan terbaru Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen seakan-akan menunjukkan individu itu tidak yakin dengan potensi matawang kripto.

Jelasnya, bitcoin membawa risiko tinggi kepada pelaburnya dan golongan orang awam. Malah, figura itu juga membangkitkan persoalan berkaitan dengan kesahan dan stabiliti matawang kripto itu.

“Saya tidak yakin yang Bitcoin akan digunakan secara meluas sebagai mekanisme transaksi. Ia merupakan satu cara yang kurang efisien dalam menjalankan transaksi dan jumlah tenaga yang digunakan untuk memproses transaksi tersebut sangat tidak masuk akal.”

Dakwaan Yellen dikukuhkan dengan beberapa sokongan lain:

  • Perlombongan bitcoin menuntut penggunanya menyelesaikan persamaan matematik yang kompleks, melibatkan pemasangan komputer berkuasa tinggi.
  • Penggunaan elektrik bagi proses terlibat juga menghasilkan kadar karbon yang tinggi sama seperti dihasilkan oleh New Zealand.
  • Matawang kripto terutama Bitcoin juga sangat sinonim dengan aktiviti jenayah kerana penggunaannya sukar dijejak.
  • Belum lagi sifatnya yang sangat volatile. Buktinya, sepanjang kewujudan Bitcoin sudah berapa kali matawang itu berada di puncak dan dasar.

Jelas di sini Yellen sangat bimbangkan dengan risiko penggunaan matawang kripto dan berharap orang awam sedar mengenainya. Ini berbeza dengan pendapat awalnya, mengatakan kripto dapat memberi keuntungan kepada Amerika Syarikat (AS).

Sehingga kini, beberapa agensi kerajaan masih lagi dalam pertimbangan untuk memperkenalkan matawang digital yang mana dilihat sebagai harapan dapat membuka sistem pembayaran global kepada mereka yang tidak memiliki akses.

Bersandarkan kepada kajian dan penelitian terhadap potensi matawang digital termasuk sistem pembayaran, Yellen memberitahu pelancarannya mungkin akan berlaku dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat