Yellen OK Dengan Sektor Kripto Tapi Bersyarat!

645

Dalam kenyataan terbaru berkaitan sektor kripto, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen menekankan risiko tinggi dari pasaran digital, termasuk salah guna matawang kripto walaupun tidak dinafikan beberapa teknologi kewangan baru juga mampu menangani jenayah dan mengurangkan ketidakadilan.

Pendapatnya itu menunjukkan keyakinan Yellen dalam teknologi tersebut, tidak hanya membendung penyelewengan wang dan aktiviti penggodam, tetapi juga mampu mengurangkan jurang digital yang wujud di Amerika Syarikat (AS).

Jelas Yellen lagi, Akta Anti-Penggubahan Wang Haram yang diperkenalkan pada Disember lalu membuka peluang untuk Jabatan Perbendaharaan menyusun semula rangka kerja bagi mencegah kewangan haram yang sebahagian besarnya tidak berubah sejak 1970-an.

Wanita itu berharap perkara tersebut dapat dilakukan dalam kadar segera memandangkan situasi sekarang terdedah luas dengan jenayah penipuan, penyelewengan wang, pembiayaan pengganas dan privasi data terutama sejak pandemik COVID-19.

Tidak dinafikan matawang kripto dan aset maya memberi jaminan tetapi pada masa yang turut menjadi tumpuan dalam aktiviti melibatkan pengedaran dadah atas talian dan membiayai keganasan.

Inovasi dalam sektor tersebut wajar memberi penyelesaian kepada masalah yang timbul dan pada masa yang sama menawarkan pengaksesan sistem kewangan kepada berjuta manusia seluruh dunia.

Jelas Yellen, inovasi yang adil dan bertanggungjawab berupaya membawa perubahan yang besar. Maka, tidak sepatutnya ia menjadi perisai bagi pelaku jenayah, tetapi menjadi tunjang utama untuk membantu orang ramai mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat