Guna Matawang Kripto Beri Keuntungan Kepada AS – Yellen

1,862

Nampaknya, ada lagi pendapat calon rasmi Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen berkenaan matawang kripto.

Dalam satu rekod bertulis pendengaran pengesahannya, Yellen menjelaskan matawang kripto dan aset digital berpotensi untuk menambahbaik sistem kewangan yang bukan sahaja untuk keuntungan Amerika Syarikat (AS), malah negara-negara bersekutu.

Apabila disoal tentang pandangan peribadinya terhadap manfaat dan risiko penggunaan matawang kripto dan aset digital yang lain, Yellen memberitahu:

“Saya rasa sangat penting untuk mempertimbangkan faedah matawang kripto dan aset digital lain, dan potensi mereka dalam menambahbaik sistem kewangan.

Pada masa yang sama, kita tahu aset ini digunakan dalam keganasan kewangan, pengubahan wang haram dan sumber kepada aktiviti yang mengancam keselamatan AS dan integriti sistem kewangan AS dan antarabangsa.

Saya rasa kita perlu telusi bagaimana untuk menggalakkan penggunaannya bagi aktiviti yang sah sambil mengekang penggunaan bagi aktiviti haram.”

Yellen juga memberitahu akan bekerjasama dengan Lembaga Federal Reserve, dan perbankan persekutuan dan pengawal selia sekuriti yang lain mengenai cara efektif menerapkan rangka perundangan yang efektif untuk isu ini dan inovasi fintech yang lain.

Sebelum ini, Yellen dalam pengucapannya di Capitol Hill menegaskan bahawa matawang kripto sangat sinonim dengan aktiviti jenayah, dan berharap penggunaan matawang kripto disekat.

Sementara itu, Presiden Joe Biden pada hari pertama bertugas telah membeku semua proses perundangan Persekutuan termasuk undang-undang wallet kripto self-hosted.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat