Biden Bekukan Cadangan Undang-Undang Wallet Kripto

3,100

Dilaporkan Joe Biden mula bertugas sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) dengan perkara pertama membeku kesemua proses perundangan Persekutuan termasuk undang-undang wallet kripto self-hosted.

Undang-undang wallet itu merupakan cadangan yang diusulkan oleh Setiausaha Perbendaharaan terdahulu, Steven Mnuchin.

Keputusan tersebut diumumkan melalui memorandum yang dimuatnaik di laman sesawang The White House bagi perhatian seluruh ketua pelbagai agensi persekutuan, termasuk Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (FinCEN).

Rata-rata penyokong industri kripto memuji tindakan Biden dengan pendapat optimis “Janet Yellen bukan Steve Mnuchin”.

Pada 18 Disember 2020, FinCEN telah memperkenalkan kertas cadangan wallet kripto self-hosted. Jika idea itu diluluskan, kesemua bank dan perniagaan perkhidmatan kewangan perlu mengemukakan laporan, simpanan rekod dan pengesahan identiti pelanggan yang menjalankan transaksi kepada atau dari wallet peribadi matawang kripto.

Cadangan tersebut ditentang Coinbase dan CEO Square, Jack Dorsey kerana menurutnya tidak wajar mendapatkan nama dan alamat pengguna bagi transaksi matawang kripto, sama seperti penggunaan tunai.

Yellen, calon pilihan Biden sebagai Setiausaha Perbendaharaan pada minggu ini telah memberi gambaran buruk mengenai matawang kripto, mengaitkan sektor tersebut dengan jenayah pengubahan wang haram.

Biden juga telah memilih Gary Gensler, pakar kripto untuk mengetuai SEC sepanjang pentadbirannya. Gensler menggantikan pengerusi terdahulu, Jay Clayton yang meletak jawatan pada Disember 2020.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat