Pakar Kripto Gary Gensler Tercalon Mengetuai SEC?

527

Bakal presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan telah membuat keputusan terhadap calon yang akan mengetuai Securities and Exchange Commission (SEC).

Berdasarkan sumber, Biden dijangka akan mencalonkan Gary Gensler bagi menggantikan pengerusi SEC terdahulu, Jay Clayton yang meletak jawatan pada Disember 2020.

Sepanjang tempohnya, Clayton terkenal dengan penawaran syiling permulaan (initial coin offering, ICO) termasuk deklarasi pertama mengenai aset digital sebagai sekuriti.

Gensler pernah berkhidmat sebagai pengerusi Commodity Futures Trading Commission (CFTC) sepanjang pentadbiran Barrack Obama yang mana pada ketika itu dia bertanggungjawab menguatkuasakan banyak peruntukan baru Akta Dodd-Frank bagi krisis kewangan 2008.

Manakala sepanjang era pentadbiran Presiden Donald Trump, Gensler berkhidmat sebagai tenaga pengajar di MIT bagi subjek aset digital dan blockchain.

Ini bermakna jika tercalon Gensler merupakan individu yang memiliki kepakaran kripto yang akan mengetuai SEC.

Gensler juga menyertai kumpulan peralihan Biden sejak kemenangan elektoral pada awal November 2020. Bermula dari situ, timbul spekulasi dengan jawatan Gensler pada ketika itu berkait rapat dengan SEC.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat