Pelabur Kripto China Gelisah, Huobi & Binance Sekat Pendaftaran Baharu

4,044

Selepas China mengisytiharkan pengharaman urus niaga matawang kripto pada Jumaat, Huobi telah menyekat kesemua pendaftaran baharu pengguna China pada hari yang sama.

Tindakan tersebut diumumkan pada Ahad menerusi posting rasmi di laman web Huobi.

Tidak cukup dengan itu, Huobi yang popular dalam kalangan pelabur kripto China turut memaklumkan bahawa mereka akan menamatkan kesemua akaun pengguna sedia ada seawal 31 Disember 2021, jam 12 tengah malam.

Setakat ini, Huobi merupakan satu-satunya bursa pertama yang mengambil langkah awal ‘melepaskan diri’ daripada berurusniaga dengan pengguna China.

Kesan daripada keputusan Huobi, token natifnya HT menyaksikan penyusutan harga sebanyak 15% dalam sejam, sebelum terus susut hampir 40% sejak Jumaat dengan nilai dagangan semasa artikel ini ditulis,  $7.32.

Selain Huobi, Binance juga turut mengambil tindakan yang sama dengan menyekat pendaftaran pengguna China.

Sementara itu, OKEx masih belum membuat sebarang pengumuman lanjut berkaitan isu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat