China Terus Berhadapan Kritikan Daripada Negara Luar – UK Pertikaikan Maklumat China?

632

Selepas Amerika Syarikat, giliran UK pula memberi tekanan kepada China dengan mempertikaikan maklumat yang diberikan oleh China mengenai wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, UK menekankan bahawa keutamaan sekarang ialah tentang bagaimana menghadkan penularan wabak tersebut.

Menteri Pertahanan UK, Ben Wallace menekankan bahawa yang penting pada ketika ini adalah bagaimana UK dapat mengendalikan ekonomi dan mengatasi wabak Covid-19 daripada terus memberi kesan buruk terhadap ekonomi. Dalam masa yang sama beliau berpendapat China perlu besikap terbuka dan telus dalam serba serbi mengenai wabak Covid-19.

Sebelum ini, Presiden A.S. Donald Trump terus menunding jari kepada China dan pada hari Ahad lepas beliau masih kekal dengan pendapat bahawa China adalah punca utama penularan wabak Covid-19. Walaubagaimanapun Trump masih belum mengemukakan bukti atas tuduhan tersebut.

Menurut agensi perisik tertinggi A.S. telah mengeluarkan kenyataan pada Khamis lepas bahawa virus/wabak tersebut bukanlah buatan manusia namun ia disebabkan berpunca daripada kemalangan di maklmal. Namun kesahihan perkara tersebut masih belum dipastikan.

Susulan perkara ini China dengan tegas menolak dakwaan tersebut. China dalam masa yang sama juga berulang kali menafikan bahawa pihak mereka menyembunyikan maklumat mengenai wabak Covid-19.

Jumlah jangkitan wabak Covid-19 terus meningkat dengan jumlah kes global kini mencapai angka 3.5 juta. Pandemik ini telah menyebabkan lebih dari 247,000 kematian di seluruh dunia. Walaupun kes positif dan kes kematian terus menurun di Eropah dan A.S namun Amerika Latin dan Afrika menyaksikan peningkatan kes.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat