China Tidak Akan Berdiam Diri, Risiko Perang Dagang Terus Melonjak

430

Berhubung ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat, China mula memberi reaksi tentangan untuk tidak membiarkan Amerika terus mendominasi dengan tindakan yang agresif.

Agensi berita di China melaporkan bahawa Amerika Syarikat perlu bertanggungjawab atas tindakan China menghentikan pembelian produk pertanian daripada Amerika.

Kenyataan tersebut diusulkan selepas pembeli di China diarahkan untuk menghentikan urusan import produk pertanian Amerika pada Isnin.

Dalam ketegangan yang melanda, dagangan Yuan China kembali mendapat permintaan berbanding dolar Amerika selepas kenaikan harga pada carta USD/CNH semalam telah mencatatkan rekod terbaru melepasi paras psikologi 7.00 berbanding dolar untuk pertama kali dalam rekod sejarah.

Sentimen pasaran terus berisiko apabila China melemahkan nilai matawang Yuan dan menyebabkan Wasington melabel Beijing sebagai pemanipulasi matawang.

Permintaan semula terhadap Yuan didorong oleh tindakan oleh People’s Bank of China (PBOC) yang menerbitkan bil di Hong Kong untuk kembali menstabilkan dagangan Yuan.

PBOC bakal menjual 30 bilion Yuan di Hong Kong pada 14 Ogos ini dan dilaporkan akan menerbitkan sejumlah 20 bilion Yuan untuk bil 3 bulan serta 10 bilion Yuan untuk bil satu tahun.

Ketegangan geopolitik ini turut mendorong Menteri Luar China untuk mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa China tidak akan hanya berdiam diri dan akan melaksanakan tindakan balas jika Amerika Syarikat bertindak melancarkan peluru berpandu berjarak sederhana di Asia.

Ini akan terus meningkatkan lagi kehangatan perang dagang yang kembali tercetus selepas Donald Trump bertindak mengumumkan tambahan tarif terbaru terhadap China sebaik sahaja wakil pegawai rundingan Amerika Syarikat pulang dari rundingan selama 2 hari di Shanghai.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat