Timbalan Gabenor People’s Bank of China mengatakan bahawa China tidak akan sesekali menurunkan nilai matawang Yuan semata-mata untuk merangsang eksport.
Yi Gang memberitahu demikian kepada akhbar China’s Economic Daily pada Jumaat bahawa China tidak akan sesekali berbuat demikian untuk mendapat manfaat daripada aktiviti eksport dan melibatkan diri di dalam peperangan matawang.
Jumlah eksport China pada bulan Januari dan Februari meningkat sehingga 4.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Selain itu, import meningkat sebanyak 26.4 peratus, sekali gus menunjukkan nilai yang gak kukuh dalam permintaan domestik dan luar negara.
Namun begitu, eksport China masih kekal dibelenggu oleh kebimbangan yang berterusan terhadap dasar perlindungan AS. Dalam satu temubual eksklusif dengan Reuters bulan lalu, Donald Trump juga sempat melabelkan China sebagai “grand champions” dalam memanipulasi matawang.
Menurun Yi Gang, China akan kekal dengan dasar matawang yang floating demi meletakkan matawang Yuan pada paras yang stabil.
Yuan telah jatuh sebanyak 6.5 peratus berbanding US Dollar tahun lepas walaupun telah mendapat campur tangan dari pihak berkuasa terhadap rizab asing negara.
Bagaimanapun, momentum Yuan kembali stabil pada tahun 2017 walaupun wujud pelbagai tekanan baru terhadap matawang tersebut termasuklah jangkaan peningkatan kadar oleh Fed minggu depan.
Penganalisis pasraan juga menjangkakan bahawa Yuan akan jatuh sekitar 5 peratus tahun ini jika pasaran menyaksikan peningkatan kadar, dan secara tidak langsung mengangkat momentum US Dollar.
Sesi Asia Menyaksikan Lonjakan Semula Dari Matawang Greenback