China Tingkat Kawalan Harga Komoditi

183

Perancang negara China akhirnya menggariskan langkah-langkah yang akan diambilnya dalam menstabilkan pasaran komoditi yang sejak akhir-akhir ini telah melonjak tinggi sehingga membebankan pengguna.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional (NDRC) serta pengawal selia lain mengumumkan 18 langkah dalam notis yang melibatkan dasar fiskal, kewangan, alam sekitar dan banyak lagi bagi menyokong sektor perindustrian ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Rentetan daripada itu, NDRC berkata pihak berkuasa akan menyokong bekalan serta menstabilkan harga produk dan bahan mentah utama, termasuk bijih besi dan baja.

Mereka juga berjanji untuk memperkukuhkan pengawasan niaga hadapan dan pasaran spot bagi komoditi dan meningkatkan pemantauan harga.

Susulan itu, niaga hadapan bijih besi yang paling banyak diniagakan di Bursa Komoditi Dalian mencatatkan penurunan mingguan terbesarnya dalam tempoh hampir dua tahun.

Dalam pada itu, NDRC juga akan menggalakkan syarikat untuk melabur dalam projek bijih besi dan tembaga domestik tertentu dan meningkatkan penggunaan besi buruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat