China Umum Pengurangan Tarif Import Bermula Januari 2020!

295

China dilaporkan akan menurunkan tarif ke atas beberapa barangan import termasuk produk berasaskan makanan dan beberapa jenis komponen semikonduktor bermula 1 Januari 2020, demikian menurut Kementerian Kewangan China.

Pengurangan ke atas lebih 850 produk itu adalah sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan import di negara itu yang terjejas oleh pertumbuhan ekonomi global perlahan disebabkan perang dagangnya dengan Amerika Syarikat.

Ini berikutan kerana, pertumbuhan ekonomi China dilihat telah berkembang pada kadar paling lemah dalam tempoh hampir 30 tahun dan mungkin akan mengalami risiko penurunan pada tahun hadapan.

Di samping, meningkatkan import, ia juga dibuat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dan persekitaran yang diselaraskan serta memajukan pembangunan berkualiti tinggi.

Kadar tarif untuk daging babi beku akan dikurangkan kepada 8% daripada 12% manakala tarif barangan ubat-ubatan seperti asma dan diabetes akan ditetapkan pada 0. Tarif import terhadap pelbagai komponen semikonduktor juga diturunkan kepada 0.

Sementara itu, pada tahun 2020, China akan terus menggunakan tarif konvensional pada beberapa produk berasal dari 23 negara dan rantau dan pengurangan selanjutnya akan dibuat tertakluk kepada perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani bersama negara-negara tersebut.

Kementerian Kewangan China juga memberitahu akan menurunkan tarif import kepada beberapa produk teknologi maklumat mulai 1 Julai 2020.

Pelarasan tarif ini akan membantu dalam mengurangkan kos import dan meningkatkan keterbukaan ke tahap yang tinggi serta membenarkan negara-negara dan rantau lain berkongsi dalam pembangunan China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat