Cipta Website Palsu Coinbase, Lelaki India Curi $9.5 Juta Dalam Kripto!

551

“Bijak eh dia sebenarnya, dah habiskan duit dicurinya pastu baru nak mengaku bersalah.”

Chirag Tomar, seorang warganegara India mengaku bersalah setelah didakwa di Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan mencipta versi palsu laman web Coinbase yang membenarkannya curi kelayakan log masuk kemudian rompak lebih $9.5 juta mata wang kripto daripada ratusan mangsa.

Warganegara India berumur 30 tahun tersebut yang didakwa melakukan penipuan wayar dan pengubahan wang haram telah ditahan di lapangan terbang Atlanta pada 20 Disember 2023 semasa melawat keluarganya dengan visa perjalanan.

Menurut dokumen mahkamah difailkan di Daerah Barat Caroline Utara, terdapat 542 mangsa telah ditipu daripada kripto mereka antara Jun 2021 dan penangkapan Tomar pada akhir 2023.

Perkhidmatan Rahsia AS dapat mengenal pasti Tomar sebagai ahli kumpulan jenayah susulan beliau menggunakan akaun e-mel dengan nama sebenarnya untuk berkomunikasi bersama kospiratornya yang dikenali dan tidak dikenali dalam penipuan itu.

Tomar yang turut menyimpan spreadsheet dicuri daripada mangsanya telah menghantar dokumen identiti diperoleh secara tidak jujur ke address e-mel lain yang digunakan untuk membuka akaun di Binance.

Antara Jun 2021 dan Oktober 2022, Tomar membuat carian internet mengenai coinbase page palsu, penipuan coinbase, penipuan di AS dan cara mengambil wang dari Coinbase tanpa OTP.

Menggunakan hasil penipuannya, Tomar membiayai gaya hidup mewah seperti beli jam tangan Rolex dan Audemars Piguet termasuk kenderaan mewah Lamborginis serta Portches kemudian melancong ke London, Dubai dan Thailand tetapi perlu diketahui beliau masih belum dijatuhkan hukuman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat