“Mungkin bukan sekarang tapi mungkin akan naik dalam masa terdekat ini.”
Secara tidak semena-mena tercetusnya pergolakan dalaman di Rusia pada hujung minggu lalu dengan perselisihan tercetus antara ketua Wagner Group iaitu Yevgeny Prigozhin dan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Dilaporkan, Prigozhin bukan sahaja mendakwa pasukan Rusia menyerang tentera upahannya malah mengancam untuk menyerang sesiapa sahaja yang menghalang pergerakan kumpulannya dari selatan Rusia ke arah Moscow.
Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Rusia yang menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya telah menuduh Prigozhin atas cubaan rampasan kuasa manakala panglima tertinggi Rusia di Ukraine, Sergey Surovikin menggesa para pejuang Wagner mematuhi arahan Putin.
Memandangkan Rusia adalah salah satu pembekal utama minyak, gas dan bahan mentah lain, perang saudara tersebut mampu beri kesan besar kepada pasaran global dan sebarang penurunan harga saham pada hari Isnin dapat melonjakkan Bitcoin (BTC) serta altcoin.
Sementara pasaran mata wang kripto berkemungkinan mengambil masa lebih lama untuk bertindak balas terhadap situasi itu susulan ketidaktentuan global telah menyebabkan kebanyakan pedagang mula melihat Bitcoin (BTC) sebagai aset safe haven.
Walaupun pelabur Rusia dijangka akan cuba mencairkan aset digital mereka secara ketara, negara tersebut telah menyediakan draf undang-undang baharu untuk membenarkan kripto bagi perdagangan antarabangsa.
Secara konteks, spekulasi berhubung pencerobohan Rusia dapat menjadikan BTC penyimpan nilai digital utama telah timbul semasa peperangannya dengan Ukraine, oleh itu rampasan kuasa mungkin menguatkan hujah tersebut ekoran konflik dalaman boleh memburukkan kesihatan kewangan negara.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.98% pada paras $30,318 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $588 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 14.81% sepanjang minggu lepas.