Code Merah! Beijing Sedang Kritikal

929

Gelombang baharu Covid-19 yang melanda Beijing meletakkan pihak berkuasa di tahap paling kritikal dan sukar untuk memeranginya.

Ini hakikat yang terpaksa diakui timbalan pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Beijing, Liu Xiaofeng dalam sidang media yang berlangsung pada Isnin untuk menyatakan situasi semasa yang dihadapi bandar itu pada ketika ini.

Ekoran itu, beliau juga menggesa rakyat untuk ‘duduk di rumah’ dan melindungi ahli keluarga yang mudah terdedah kepada wabak tersebut.

Penggera amaran itu dibunyikan setelah tiga kematian dilaporkan di ibu negara China sejak Sabtu, di samping turut menyaksikan angka kes harian terus mencatat peningkatan.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara, Beijing melaporkan lebih 2,400 kes dari Jumaat hingga 3 petang Isnin, dengan lebih 500 jangkitan dikenal pasti di luar zon kuarantin melalui saringan ujian komuniti.

Liu Xiaofeng mendakwa bahawa varian Omicron BF.7 sebagai punca utama kepada penularan ini yang kebanyakannya telah menjejaskan daerah Chaoyang, Changping, Haidian, Fengtai dan Tongzhou.

Daerah Chaoyang menjadi kawasan keutamaan pihak berkuasa di mana langkah kawalan dilaksanakan dengan tegas berikutan terdapat risiko penularan dalam komuniti.

Minggu lalu, China telah mengumumkan untuk memberi sedikit kelonggaran dalam langkah kawalan Covid-19, namun penularan baharu yang menimpa bandar-bandar utama telah merencatkan usaha tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat