Coinbase Akur Dengan SEC, Batal Program Pinjaman USDC

419

Dalam pertembungan antara Securities and Exchange Commission (SEC) dengan Coinbase, nampaknya ada pihak yang sudah meraikan kemenangan kecil.

Laporan terbaru mendedahkan Coinbase terpaksa membatalkan pelancaran program pinjaman stablecoin USD Coin (USDC), menyedari kedudukan mereka terancam di bawah perhatian agensi itu:

Kami telah membuat keputusan sukar untuk tidak melancarkan program USDC APY dalam kesamaran perundangan bagi industri kripto,” – kenyataan rasmi Coinbase pada Jumaat, 17 September.

Susulan daripada khabar mendukakan ini, ribuan pengguna Coinbase terpaksa menunggu usaha dan inovatif lain yang akan diperkenalkan platform itu kemudian hari.

Situasi Coinbase menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan komuniti kripto kerana firma ini bukanlah yang pertama memperkenalkan program sebegitu rupa. Gemini merupakan salah satu platform yang sejak awal menawarkan produk itu.

Barangkali ia berpunca daripada kemahuan Coinbase menawarkan penggunanya untuk stake USDC dengan keuntungan tahunan (APY) sebanyak 4%.

SEC melihat agenda ini satu kerugian bagi pihak pelabur kerana berpotensi untuk kehilangan aset mereka kepada Coinbase dan rakan kongsinya, sekaligus melibatkan aspek perlindungan.

Walau apa pun yang berlaku, Coinbase tetap memperkenalkan produk terbaru ke dalam pasaran, brokerage kripto kepada pelabur institusi dikenali sebagai Prime pada 20 September. Dikatakan produk tersebut telah menarik 9,000 firma pelaburan profesional.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat