“Wow nampaknya Coinbase makin berani buat langkah drastik.”
Coinbase berpangkalan di San Francisco rancang membeli semula $150 juta daripada bon $1 bilion ditetapkan untuk matang pada tahun 2031 bersama Citigroup Global Markets yang menguruskan tawaran itu.
Pelabur yang memilih untuk mengambil bahagian dalam pembelian balik serta menjual bon mereka sebelum 18 Ogos 2023 akan diberi ganjaran premium $645 untuk nilai muka bon* dan tawaran itu termasuk premium tender awal khas $30.
*Amaun yang perlu dibayar semula kepada peminjam sebaik sahaja bon menjadi matang
Sementara Coinbase akan melanjutkan tawaran $615 bagi setiap $1,000 nilai muka bon untuk pelabur yang berhasrat menjual bon mereka selepas 18 Ogos 2023 tetapi sebelum tarikh tamat tawaran pada 1 September 2023.
Namun perlu diperhatikan bahawa kedua-dua harga tawaran melebihi harga bon yang tidak terjejas pada 4 ogos 2023 menyamai sekitar 60 sen per dolar.
Langkah baharu Coinbase itu telah dibuat selepas laporan pendapatan suku keduanya melaporkan hasil sebanyak $708 juta dan kerugian pendapatan sesaham larasan $0.42, di mana ia mengatasi jangkaan penganalisis pada $628 juta serta $0.76.
Berbeza berbanding tahun lepas, hasil Coinbase menyaksikan penurunan ketara daripada $808 juta tetapi bursa kripto itu berjaya mengurangkan kerugiannya susulan ia mempunyai kerugian sebanyak $4.98 sesaham.
Coinbase mendedahkan bahawa suku tahun yang kukuh bursa kripto tersebut telah didorong oleh komitmen berterusannya dalam meningkatkan kecekapan dan menjadi lebih berdisiplin dari segi kewangan.
Umum mengetahui Coinbase turut menekankan pengurangan 50% luar biasa dalam kos operasi tahun ke tahun, penyelarasan tenaga kerja yang ketara termasuk pengurangan 30% dalam jumlah pekerjanya pada masa ini.