Coinbase Cetus Kegembiraan Untuk Pemegang Kripto SUI!

123

“Setiap hari makin banyak orang sokong, adakah harganya akan naik tidak lama lagi?”

Bursa mata wang kripto terbesar di Amerika Syarikat (AS) Coinbase baru-baru ini mengumumkan sokongannya untuk token SUI yang diasaskan oleh Sui Network dalam platform dagangannya.

Hal ini kerana Coinbase bukan sahaja berhasrat memperkenalkan aset digital boleh dipercayai kepada para pelanggan runcitnya malah meningkatkan lagi penggunaan Web3.

Bagaimanapun, bursa kripto tersebut akan mengumumkan pelancaran dagangan pada pasangan SUI/USD secara peringkat sekiranya keperluan kecairan sudah mencukupi, di mana ia dijangka bermula pada 18 Mei hari ini.

Secara konteks, langkah baharu oleh Coinbase itu telah berlaku hanya beberapa minggu selepas Binance dilaporkan menambah dan melancarkan SUI farming* dalam portalnya.

*Pengguna dapat staking BNB dan TUSD mereka ke dalam pool berasingan untuk farm token SUI selama 2 hari

Oleh demikian, SUI akan dimasukkan di bawah kategori “Experimental” yang dikhaskan untuk aset digital baharu ataupun memiliki volum dagangan rendah berbanding kripto terkenal lain, lapor pasukan Coinbase.

Walaupun pengumuman tersebut disambut dengan penuh semangat daripada komuniti SUI, pemegang PEPE tetap kecewa susulan mereka terlepas untuk mengaut sejumlah aset digital itu.

Suka dimaklumkan bahawa Coinbase sejak kebelakangan ini bertindak proaktif dalam menambah pelbagai aset digital baharu seperti Osmosis (OSMO), iaitu bursa decentralized dibina untuk ekosistem Cosmos pada roadmap penyenaraiannya.

Setakat penulisan ini, harga SUI mencanak sebanyak 1.34% pada paras $1.20 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $633 juta seterusnya menggunung sekitar 5.50% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat