Coinbase India Tepuk Dahi! 3 Hari Beroperasi, Perdagangan Kripto Terpaksa Dihentikan

486

Baru sahaja tiga hari melebarkan sayap di India, Coinbase terpaksa menyekat perkhidmatan pembayaran menggunakan United Payments Interface (UPI) di platformnya untuk pengguna negara itu.

Untuk pengetahuan, UPI adalah portal pembayaran yang diselia oleh National Payment Corporation of India (NPCI), unit khas bank pusat India (RBI) di bawah pantauan Kementerian Kewangan.

Kehadiran UPI memudahkan pengguna untuk berdagang kripto di Coinbase.

Tetapi NPCI pula tiba-tiba mengesahkan bahawa mereka tidak meluluskan operasi mana-mana bursa kripto yang menggunakan UPI walaupun Coinbase telah melancarkan perkhidmatan tersebut.

Walaupun pengguna Coinbase India tidak pula mempertikaikan insiden ini, platform tersebut awal-awal lagi sudah mengambil langkah untuk menjernihkan keadaan mengikut undang-undang India.

Coinbase India juga telah mengemaskini maklumat berkaitan kaedah pembayaran, meminta penggunanya untuk menggunakan Immediate Payment Service (IMP) untuk aktiviti perdagangan.

Rupanya, masalah ini bukanlah isu baharu.

Menurut pengasas bersama saluran Youtube, Crypto India, Aditya Singh, isu ini sudah menjadi kemestian dalam industri tersebut sejak 2018.

Patutlah pelabur kripto di India masih bertenang.

Tidak dinafikan, India sudah lama bergelut dalam mencapai persetujuan dalam mengaplikasikan rangka kerja penyeliaan yang bersesuaian untuk pasaran kripto sehingga mengundang persoalan – adakah kripto diharamkan atau tidak di India?

Walaupun majoriti kerajaan India menggesakan sekatan penuh terhadap India, sehingga sekarang masih belum ada jawapan pasti.

Jelasnya, India telah pun melaksanakan cukai kripto sebanyak 30%, bersama cukai tambahan 1% bermula 31 Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat