Coinbase, Standard Chartered Bekerjasama Perkenal Transaksi Percuma Di Singapura

118

“Coinbase ni berani betul walaupun sekarang banyak bank dah runtuh.”

Syarikat exchanger mata wang kripto Coinbase memeterai perjanjian bersama Standard Chartered untuk memperkenalkan transaksi pemindahan bank secara percuma dan aplikasi identiti digital Singpass yang dapat memudahkan pelanggan di Singapura menyertai platformnya.

Coinbase turut membangunkan Pusat Bantuan dan Pembelajaran bagi mendidik pelbagai individu tentang ekonomi kripto yang berupaya bantu pengguna mengakses lebih 200 kripto untuk berdagang.

Suka dimaklumkan bahawa kerjasama tersebut dapat membolehkan pelanggan di Singapura memindahkan atau mengeluarkan dana daripada akaun masing-masing melalui bank di Singapura secara percuma.

Terdahulu, pelanggan Singapura hanya menggunakan kad debit mahupun kredit Visa untuk membeli dan memindah kripto dari akaun Coinbase mereka.

Sebagai sebahagian daripada strategi perkembangan, Hassan Ahmed, pengarah negara untuk Coinbase Singapore berkata bahawa perbincangannya dengan Standard Chartered telah dilakukan sebelum kejatuhan tiga bank mesra kripto di Amerika Syarikat (AS).

Sementara pada tahun lepas, Coinbase didapati menerima kelulusan prinsip daripada Monetary Authority of Singapore (MAS) di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaran (PSA) untuk sediakan perkhidmatan pembayaran terkawal di negara itu.

Secara konteks, Singapura adalah hab kripto dan blockchain yang menawarkan perkhidmatan kepada institusi dan pelabur runcit seterusnya memperkenalkan peraturan untuk menambah baik pasaran sambil melindungi pelabur.

Pada sisi berbeza, kebanyakan saham syarikat kripto seperti Coinbase dilaporkan meningkat sebanyak 8% pada $63.49 selepas data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS menyaksikan kadar inflasi turun ke paras 6% dan rancangan kerajaan AS yang ingin lindungi rakyat daripada krisis perbankan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat