Coinbase Umum Projek Filem NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC)!

239

Coinbase mengumumkan projek filem pendek yang menampilkan karakter daripada siri koleksi non-fungible token (NFT), Bored Ape Yacht Club (BAYC).

Pengikut Coinbase di laman Twitter menjadi yang pertama mengetahui khabar ini:

Difahamkan projek trilogi ini memiliki tiga siri filem dengan tayangan perdana siri pertama, ‘The Degen Trilogy’ dijangka berlaku pada 20-23 Jun 2022.

Mana-mana pemilik BAYC boleh mengirimkan koleksi mereka bagi sesi ujibakat bermula 13 April jam 2 pagi waktu Malaysia untuk dinilai sama ada layak atau tidak membintangi filem ini.

Jika layak, pemilik BAYC berpeluang menerima caj perlesenan bernilai $10,000 dalam ApeCoin (APE) atau Bitcoin (BTC).

Manakala pemilik Mutant Ape Yacht Club (MAYC) pula boleh menghantar karakter mereka untuk diuji bakat bagi siri kedua filem tersebut.

Malangnya penyertaan tidak dibuka untuk Bored Ape Kennel Club (BAKC).

Projek terbaharu daripada Coinbase dilihat satu usaha permasaran siri NFT itu sendiri, selain menarik lebih banyak perhatian terhadap pelancaran CoinbaseNFT.

Sebagai rekod, Coinbase merupakan entiti pertama yang mengambil siri koleksi NFT untuk dijadikan sebuah filem.

Sebelum ini pembikin filem, Quentin Tarantino telah melancarkan 7 NFT berdasarkan 7 babak ikonik filem Pulp Fiction yang pernah popular pada era 90-an.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat