CoinCheck Di Godam, Sebanyak $400 Juta Syiling NEM Hilang.

638

Pada hari Jumaat lepas, syarikat pertukaran matawang crypto CoinCheck telah menjadi mangsa godam oleh penggodam menyebabkan syarikat tersebut kehilangan $400 juta token NEM.

Presiden CoinCheck, Waka Koichin dan pengurus operasi Yusuke Otsuka telah membuat pengumum rasmi bahawa 500 token NEM/XEM yang berjumlah $400 juta telah hilang. NEM merupakan salah satu matawang crypto yang menduduki 10 tangga teratas dalam jumlah nilai syarikat.

Berikutan peristiwa itu, harga XEM jatuh daripada $1.01 kepada $0.83 pada hari Jumaat.

Presiden NEM menegaskan akan berusaha semampu boleh bagi mengatasi hal ini. Dalam masa yang sama, pihak NEM menegaskan jika CoinCheck mengunakan smart contract NEM, tentu perkara ini dapat dielakkan.

Isu pencurian matawang crypto ini dikatakan lebih teruk daripada apa yang berlaku kepada Mt.Gox pada tahun 2014.

 

Walaubagaimanapun, pada hari Sabtu 27 Januari 2018, pihak CoinCheck telah mengumumkan akan memulangkan semula matawang crypto yanng berjumlah $400 juta.

Syarikat tersebut juga mengumumkan mengumumkan pampasan bagi setiap duit syiling NEM.

 

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat