Confirm China ‘Naik Hantu’ Dengan Tindakan White House Ini!

860

Menurut beberapa sumber, White House telah menjalankan penjualan 3 senjata canggih kepada Taiwan dan telah mengemukakan pemberitahuan mengenai perjanjian itu kepada Kongres untuk memperoleh persetujuan. Manakala China dikhabarkan berang dengan tindakan tersebut.

Umum mengetahui bahawa China mendakwa bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya dan mahu meletakkan semula kepulauan kecil tersebut di bawah pemerintahannya.

Sebelum ini, sebuah laporan mendedahkan bahawa sebanyak tujuh sistem senjata utama telah melalui proses eksport di AS ketika pentadbiran Trump meningkatkan tekanan terhadap China pada bulan lalu.

Terkini, para pemimpin jawatankuasa Hubungan Luar Senat dan Jawatankuasa Luar Negeri Dewan Perwakilan diberitahu bahawa 3 dari penjualan senjata yang dirancang telah dipersetujui oleh Jabatan Negara AS yang mengawasi penjualan tentera asing,

Sementara itu, 3 senjata tersebut merangkumi pelancar roket berasaskan trak yang dicipta oleh Lockheed Martin Corp dikenali sebagai  High Mobility Artillery Rocket System (HIMARS), peluru berpandu udara ke darat jarak jauh yang dikeluarkan oleh Boeing Co, SLAM-ER, dan pod sensor luaran untuk Jet F-16 yang membolehkan penghantaran imej dan data terkini dari pesawat kembali ke stesen darat.

Selain itu, terdapat juga penjualan senjata lain seperti drone udara canggih, peluru berpandu anti-kapal Harpoon darat dan periuk api bawah laut.

Namun begitu, AS tidak mengeluarkan apa-apa maklum balas berkenaan isu tersebut.

Menurut jurucakap kementerian luar negeri China, Zhao Lijian mengatakan bahawa penjualan senjata AS ke Taiwan telah merosakkan kepentingan kedaulatan dan keselamatan China lalu mendesak agar Washington menyedari bahaya yang ditimbulkan dan perlu segera membatalkannya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat