Cool! Syarikat Terkemuka ‘Gaming’ Krafton Sertai Solana!

287

Pembangun permainan video terkenal dunia PUBG, Krafton mengumumkan jalinan kerjasama antara syarikat mereka dengan Solana Lab. Krafton telah menandatangani perjanjian dengan Solana Labs untuk bersama-sama membangunkan permainan dan perkhidmatan berasaskan blokchain dan NFT. Krafton dalam masa yang sama turut memaklumkan bahawa mereka berhasrat untuk memanfaatkann web3 dengan membangunkan ‘games’ di atasnya.

Langkah ini menandakan bahawa terdapat perkembangan yang pesat dalam permainan berasaskan blockchain dan Play-to-Earn (P2E) dimana ia telah menarik syarikat-syarikat permainan untuk memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh kripto.

Solana kini menduduki tangga ke sembilan di pasaran kripto dari segi modal pasaran yang bernilai hampir $30 bilion. Blockchain membolehkan pembangun membina aplikasi berskala tinggi. Ciri-ciri ini telah mendorong Krafton untuk menjalin kerjsama dengan syarikat blockchain.

Krafton bukanlah syarikat yang asing dengan web3, justeru perjanjian dengan Solata menjadi satu tambah nilai dalam usaha pembangun permainan dalam teknologi web3. Disisi lain, pada Februari yang lalu, Krafton telah mengumumkan bahawa mereka telah melabur $6.6 juta dalam pasaran NFT Korea Selatan Seoul Auction Blue dan XBYBLUE. Bukan itu sahaja, Krafton turut bersetuju untuk membangunkan projek NFT dengan kedua-dua syarikat tersebut..

Krafton bukan satu-satunya syarikat ‘gaming’ yang meluaskan jajahan mereka ke pasaran kripto. Syarikat ‘gaming’ seperti Zynga dan Ubisoft juga telah melakukan usaha yang serupa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat