Corak Penurunan Harga EUR/USD Lebih Jelas Pada Awal Minggu Ini

600

Walaupun laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mencatatkan bacaan kurang memberangsangkan dengan ekonomi kehilangan 140,000 pekerjaan pada Disember, namun US dolar berjaya bergerak kukuh untuk menyambung permulaan dagangan di awal minggu ini.

Pengukuhan US dolar didorong oleh hasil perbendaharaan 10 tahun AS yang melonjak membuatkan minat pelabur terhadap mata wang AS tersebut meingkat semula.

Dengan jangkaan rangsangan ekonomi lebih besar oleh bakal Presiden Joe Biden, pertumbuhan ekonomi AS dijangka lebih tinggi untuk tahun 2021 dan 2022.

Pada carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD sudah mula menunjukkan corak penurunan harga yang lebih jelas sehingga bersambung pada awal minggu ini.

Pada Jumaat lalu, harga sedikit membuat kenaikan namun sekadar menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sebelum harga menjunam semula menutup dagangan minggu di paras terendah pada 1.21900.

Sesi Asia pada pagi ini melihatkan harga terus menyambung penurunan sehingga ke zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.21800.

Zon sokongan harga ini akan menyokong harga untuk meningkat semula namun bergantung pada sentimen pasaran semasa.

Jika harga jatuh lebih rendah di bawah zon RBS tersebut, penurunan lebih rendah dijangkakan sehingga ke zon RBS lebih rendah pada 1.20900.

Namun jika harga berjaya melonjak semula, zon SBR (support become resistance) pada 1.22500 akan kembali diuji dengan halangan MA50 perlu dilepasi bagi momentum kenaikan yang lebih kukuh.

Seterusnya zon resistance pada 1.23500 akan menjadi destinasi kenaikan yang lebih tinggi harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat