Corak ‘Uptrend’ Masih Kekal Pada Carta GBP/USD?

231

Pergerakan menaik harga masih dipamerkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang sedang menuju ke penghujung minggu, namun berlaku reaksi menarik ketika data-data diterbitkan.

Seperti di sesi New York semalam, harga telah ditekan jatuh mencecah sekitar 1.24600 selepas kenaikan harga dipaparkan pada sesi sebelumnya.

Setelah itu, lantunan harga berlaku semula untuk kembali harga didagangkan di atas zon 1.25000 yang merupakan rintangan tumpuan sebelum ini.

Situasi adalah didorong oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan angka dicatatkan lebih rendah berbanding ramalan bagi bacaan awal untuk suku pertama 2024.

Ini kembali mencetuskan jangkaan untuk kecenderungan Federal Reserve (Fed) ke arah pelonggaran dasar monetari.

Justeru itu, US dolar telah bergerak lemah menuju dagangan penghujung sesi New York.

Ketika penurunan harga semalam, harga juga dilihat menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebelum melantun di atas zon 1.25000 semula.

Ini menunjukkan pergerakan harga masih dalam trend bullish dan kenaikan lebih tinggi harga berkemungkinan berlaku.

Untuk jangkaan bagi kenaikan seterusnya, harga akan mensasarkan ke paras tumpuan berikutnya sekitar 1.26000 untuk catatkan paras tertinggi 2 minggu.

Namun waspada jika harga susut di bawah zon 1.25000 dan melepasi sokongan MA50, akan menjadi isyarat untuk perubahan trend bearish.

Penurunan harga jika dilanjutkan dilihat akan menghampiri paras 1.24000 dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan untuk menentukan arah pergerakan selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat