Coronavirus : 3 Negara Asia Yang Diancam Gelombang Kedua Gangguan Rantaian Bekalan

690

Tiga ekonomi terbesar Asia ini, kini berdepan dengan ancaman gelombang kedua ke atas gangguan rantaian bekalannya disebabkan impak berterusan yang dialami akibat penularan wabak epidemik coronavirus, yang mana risikonya telah mula memperlahankan perdagangan global.

China, Jepun dan Korea Selatan telah menyumbang kira-kira 24% kepada ekonomi global dengan jumlah dagangan tahunan lebih daripada $ 720 bilion, membentuk salah satu blok ekonomi antarabangsa yang paling bersepadu di dunia.

Tiga negara ini juga antara yang paling banyak terkesan oleh penularan wabak coronavirus, di mana lebih 1,500 kes telah disahkan di Korea Selatan, manakala lebih 180 kes domestik dan 700 kes tambahan dari kapal persiaran Diamond Princess dilaporkan di Jepun.

Sejak kes coronavirus semakin bertambah di China, rantaian bekalan global telah menunjukkan tanda-tanda bahawa ia akan terjejas. Ini dapat dilihat apabila dua syarikat automotif di Korea Selatan terpaksa menangguh pengeluaran kerana kekurangan alat ganti pada ketika itu.

Justeru, dengan penularan yang kini semakin meluas di luar China iaitu Jepun dan Korea Selatan, rantaian perindustrian global dijangka menerima gangguan kedua selepas ia dijejaskan oleh China.

Rentetan daripada krisis yang dihadapi bersama Amerika Syarikat sebelum ini, Beijing kini cuba meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan Jepun dan Korea Selatan, di mana dua negara ini menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan eksport di China.

Rantaian bekalan berkaitan dengan pengeluaran kereta, jentera, peralatan elektronik optik dan produk kimia boleh mengalami kesan jangka pendek jika wabak itu terus meningkat di Jepun, menurut penganalisis.

Berdasarkan tinjauan oleh TSR iaitu sebuah syarikat penyelidikan pemasaran yang berpusat di Tokyo, 66.4% daripada 12,348 syarikat Jepun yang ditemuramah memberitahu bahawa mereka telah terjejas oleh coronavirus.

Sementara itu, penganalisis juga berpendapat aliran barangan yang terganggu dari Asia juga boleh menyebabkan kejutan dalam rantaian bekalan Eropah dan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat