Covid-19 Buat Kim Jong Un Panik, Korea Utara Tiba-tiba Lockdown!

621

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengarahkan semua bandar diletakkan di bawah perintah berkurung selepas negara itu buat pertama kali melaporkan wabak Covid-19 telah dikesan di Pyongyang pada Khamis.

Hal ini secara tidak langsung memperlihatkan negara itu menghadapi krisis besar di tengah-tengah kekurangan sumber perubatan yang sebelum ini telah menolak bantuan antarabangsa untuk vaksinasi.

Dengan memanggilnya sebagai ‘kecemasan negara paling serius’, agensi berita rasmi KCNA mengatakan sampel yang diambil pada 8 Mei daripada individu di Pyongyang yang mengalami demam menunjukkan gejala varian Omicron.

Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan bilangan kes yang dijangkiti atau kemungkinan sumber jangkitan.

Kim Jong Un dilaporkan telah mengadakan mesyuarat pada Khamis dan mengarahkan perintah berkurung yang ketat di seluruh negara dan menggerakkan bekalan perubatan rizab kecemasan.

Menurut KCNA, usaha pencegahan wabak negara akan dialihkan kepada sistem pencegahan wabak kecemasan maksimum.

Pentadbiran Kim Jong Un sememangnya telah lama menafikan bahawa terdapat kes Covid-19 di Korea Utara dan dakwaan itu diragui oleh pakar dari Amerika Syarikat, Jepun dan kebanyakan negara lain.

Data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menunjukkan tiada kes Covid-19 dilaporkan di negara itu, dan tiada rekod rasmi bahawa mana-mana warga Korea Utara telah divaksin sehingga Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat