COVID-19 Di Malaysia Bakal Bertambah Parah Pada Pertengahan April?

1,684

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berdasarkan data wabak pandemik COVID-19 di Malaysia dijangka akan bertambah buruk menjelang pertengahan April.

Dengan data yang sedia ada, jumlah pesakit yang disahkan positif di hospital didakwa bakal meningkat dalam kadar yang tertinggi. Selain itu, Ying-Ru Lo, wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini juga akan mencatatkan peningkatan secara mendadak mulai minggu hadapan.

Terkini, Malaysia merekodkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara iaitu 3,116 kes dengan jumlah kematian sebanyak 50 serta telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan dan sekatan perjalanan bagi membendung penularan virus yang merbahaya ini.

Meskipun terdapat kemungkinan bahawa lengkungan kadar kes akan mendatar dan Malaysia mampu untuk pulih, akan tetapi ia juga boleh melonjak semula jika langkah pencegahan yang sedia ada mula dilonggarkan atau orang ramai masih berdegil dan ingkar terhadap perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan.

Tambahan daripada itu, berdasarkan data berkaitan jangkitan baharu dan langkah pemantauan tambahan menunjukkan bahawa tiada penyebaran meluas wabak itu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, setiap individu bertanggungjawab bagi membendung penularan wabak pandemik ini dengan mematuhi segala langkah pencegahan yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan. Jaga kebersihan diri dan tempat tinggal, amalkan ‘social distancing’ dan patuhi perintah kawalan pergerakan yang telah dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat