Covid-19 Terus Menekan Matawang Asia Lebih Rendah

381

Ketika ekonomi utama di Asia masih bergelut dengan lonjakan kes coronavirus yang berterusan dengan penularan varian delta, negeri berpopulasi paling tinggi di Australia, New South Wales (NSW) terus maju untuk melonggarkan langkah sekatan.

Walaupun masih mencatatkan kenaikan berterusan dalam kes coronavirus, negara itu juga berada di landasan untuk mencapai 80% kadar vaksinasi pada pertengahan Oktober.

Dengan kemajuan ini, ia telah mendorong kerajaan Australia untuk menetapkan garis masa pembukaan semula di negeri itu yang disebut sebagai ‘Roadmap to Freedom’.

Sementara di Victoria pula lonjakan kes Covid-19 semakin tinggi, di tengah kadar vaksinasi yang perlahan. Sebanyak 324 kes telah dicatatkan pada hari Khamis meletakkan negeri itu di bawah tekanan untuk segera meningkatkan vaksinasi.

Dolar Aussie kekal didagangkan rendah berikutan ketidakpastian ini dengan berlegar di sekitar harga 0.7350, selain turut terkesan oleh pengukuhan dolar greenback.

Selain itu, di New Zealand, angka kes Covid-19 harian telah mula menunjukkan penurunan, di mana sebanyak 15 kes baru dilaporkan pada hari Rabu, menandakan keberkesanan pelaksanaan langkah sekatan yang ketat.

Walaupun menurun, tetapi negara itu bergelut untuk meningkatkan vaksinasi bagi membendung penularan. Kiwi didagangkan suram pada 0.7080 berbanding US dolar yang kuat.

Dalam pada itu, Jepun akan melanjutkan keadaan darurat di Tokyo dan beberapa kawsan lain sehingga akhir September ketika angka kes harian mula memaparkan penurunan. Matawang yen didagangkan sedikit berubah di sekitar harga 110.20 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat