Credit Suisse Bayar $234 Juta Selepas Didakwa Bantu Pelanggan Elak Bayar Cukai!

102

Bank Switzerland, Credit Suisse menyetujui pembayaran berjumlah $234 juta kepada Perancis pada Isnin lalu bagi menyelesaikan kes berkaitan penipuan cukai serta pengubahan wang haram yang berlaku.

Persetujuan tersebut menamatkan siasatan Perancis ke atas Credit Suisse, yang sedang dalam pemulihan reputasi daripada kerugian dan skandal, sama ada terlibat membantu pelanggan mengelak daripada membayar cukai ke atas kekayaan mereka.

Menurut pejabat pendakwa raya, tindakan tersebut telah mengakibatkan “kerosakan fiskal” lebih 100 juta euro kepada negara Perancis termasuklah di beberapa negara antara tahun 2005 hingga 2012.

Walaupun Bank Credit Suisse menegaskan bahawa mereka akan membuat penyelesaian proaktif bagi isu litigasi dan legasi, peguamnya enggan menjawab pertanyaan berkaitan masalah di mahkamah tersebut.

Kini, saham Credit Suisse menyusut sedikit dengan mengeluarkan butiran semakan strategik serta laporan pendapatan suku tiga pada 27 Oktober.

Sementara itu, bank tersebut telah melantik ketua perundangan baharu iaitu Markus Diethelm agar beliau dapat mengambil pendekatan lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Oleh demikian, bank tersebut membuat pembayaran bernilai $495 juta bagi menyelesaikan dakwaan penjualan sekuriti bersandarkan gadai janji (MBS) di Amerika Syarikat (AS) serta menjejaskan reputasi bank.

Credit Suisse turut disabitkan kesalahan pada bulan Jun susulan gagal menghalang pengubahan wang haram oleh kumpulan penyeludup kokain Bulgaria.

Rentetan itu, mahkamah Kepulauan Bermuda memutuskan bahawa seorang bekas Perdana Menteri Georgia dan keluarganya mendapat ganti rugi lebih daripada $600 juta daripada cabang insurans hayat Credit Suisse.

Pada sumber berbeza, Jabatan Kehakiman AS sedang menyiasat jika Credit Suisse masih membantu pelanggan AS menyembunyikan aset daripada pihak berkuasa selepas bank tersebut membuat pembayaran penyelesaian pengelakan cukai sebanyak $2.6 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat