CryptoPunks Kini Di Hollywood!

438

Satu perjanjian telah ditandatangani antara Larva Labs dan United Talent Agency (UTA), membawa satu lagi pencapaian hebat CryptoPunks yang bakal melakar nama di persada Hollywood!

Siapa sangka karya digital non-fungible token (NFT) akhirnya boleh pergi sejauh ini?

UTA, sebuah agensi terbesar Hollywood akan mewakili projek-projek Larva Labs merentasi pelbagai jenis medium permasaran seperti filem, televisyen, permainan video, dan pelbagai jenis projek penerbitan.

Selain CryptoPunks, Meebits dan Autoglyphs juga turut akan diwakili oleh UTA.

Ketua Aset Digital UTA, Lesley Silverman mendedahkan langkah besar yang diambil merupakan salah satu peluang pertama mendapatkan harta intelek atau intellectual property (IP) yang berasal daripada sektor kripto ke dalam industri hiburan pada skala yang lebih luas.

Populariti CryptoPunks sememangnya luar biasa. Karya digital ini mula menjadi perhatian sejak pertama kali dilancarkan di Ethereum pada 2017.

Pada minggu lepas, Visa telah membuat pembelian satu CryptoPunk bernilai $150,000 (sekitar RM623 ribu). Tidak cukup dengan itu, CEO Tron, Justin Sun juga ada membeli beberapa CryptoPunks bernilai $10 juta.

Nampaknya populariti CryptoPunks akan terus melonjak, menunggu masa untuk debut buat kali pertamanya di pentas Hollywood!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat