CryptoPunks, Meebits Rasmi Milik Yuga Labs, Pengeluar Bored Ape Yacht Club

254

Pengeluar NFT terkenal, Yuga Labs secara rasmi memiliki hak ciptaan ke atas dua koleksi NFT lain: CryptoPunks dan Meebits milik Larva Labs.

Yuga Labs yang terkenal dengan koleksi NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC) turut mendapat pemilikan ke atas IP bagi 423 CryptoPunks dan 1711 Meebits.

Difahamkan langkah yang diambil berdasarkan persetujuan Larva Labs dengan perancangan telus daripada Yuga Labs.

Pun begitu, Yuga Labs memberi jaminan bahawa CryptoPunks akan kekal sebagai satu koleksi bersejarah tanpa ada rancangan untuk mengaplikasikan struktur BAYC.

Tetapi Yuga Labs mahu menambah lebih banyak utiliti bagi kedua-dua koleksi NFT tersebut.

Salah satunya, Yuga Labs mahu menyerahkan hak komersial kepada komuniti Meebits dan CryptoPunks sama seperti yang dilakukan terhadap BAYC.

Untuk pengetahuan, mana-mana pemilik BAYC berhak memasarkan koleksi tertentu mereka.

Disebabkan itu, ada segelintir pengumpul menggunakan manfaat tersebut untuk spin off koleksi berdasarkan beruk tertentu atau bekerjasama dengan label rekod terkemuka.

Berdasarkan rekod DappRadar, Meebits berada di kedudukan kedua dengan rekod jualan dalam 24 jam bernilai $15.24 juta diatasi Terraform by Mathcastles.

Meebits bagaimanapun mengatasi rekod BAYC yang cuma mencatatkan nilai dagangan $10.11 juta dan Cryptopunks, $2.63 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat