Cubaan Lonjakan Gagal, EUR/USD Susut Semula Di Penghujung Minggu Lalu

264

Pada dagangan minggu lalu, dapat diperhatikan mata wang Euro pamerkan cubaan untuk melonjak selepas komen bernada hawkish yang diterima pelabur dari bank pusat Eropah.

Timbalang Pengerusi European Central Bank (ECB) pada minggu lalu telah menyatakan kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah lebih cepat. Malah turut menambah bahawa pembelian aset sepatutnya ditamatkan pada Julai.

Faktor tersebut menjadi pencetus lonjakan Euro pada Khamis lalu, namun lonjakan tidak bertahan lama apabila US dolar kembali mencuri tumpuan untuk mengukuh semula susulan komen oleh Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell.

Powell memberi isyarat bahawa kenaikan kadar faedah sehingga 50 mata asas bakal berlaku pada bulan hadapan dan kenaikan akan dilaksanakan berturut-turut tahun ini.

Ini kembali memacu pengukuhan raja mata wang tersebut sehingga penutup dagangan minggu lalu dan memberi tekanan terhadap pergerakan mata wang utama yang lain.

Meninjau pergerakan harga pada carta pasangan EUR/USD, harga dilihat meningkat dari zon support 1.08000 sehingga ke paras ketinggian 1.09300 pada Khamis lalu.

Namun, selepas harga menguji zon rintangan tersebut yang turut menjadi penghalang pada pergerakan minggu sebelumnya, harga kembali susut semula susulan pengukuhan oleh US dolar.

Harga kembali berlegar di zon support 1.08000 dan memberi isyarat untuk perubahan trend bearish semula selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD.

Dengan corak yang dipaparkan, penganalisis melihat penurunan harga bakal diteruskan pada minggu ini menuju ke paras support terbaru sekitar 1.07000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Namun sekiranya harga kembali melonjak, zon rintangan pada 1.09300 yang dicapai pada kenaikan minggu lalu akan kembali diuji sekali lagi.

Melepasi rintangan pada zon tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga mensasarkan ke paras 1.10000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat