Cukai Kripto Bakal Dilaksanakan, Joe Biden Sasar Hasil $42 Bilion!

376

“Haih macam-macam, kerajaan AS ni ada je rancangannya untuk jana hasil lebih banyak.”

Bajet cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bagi tahun fiskal akan datang menggariskan satu siri langkah pengawalseliaan yang bertujuan memanfaatkan pasaran mata wang kripto yang semakin berkembang.

Antara sorotannya ialah pelaksanaan peraturan wash trading oleh pentadbiran, cukai mining kripto dan peraturan tambahan, oleh itu pegawai menganggarkan mereka boleh raih $10 bilion hasil menjelang 2025 kemudian angka itu mampu naik lebih $42 bilion sepanjang dekad akan datang.

Dilaporkan juga, bajet diumumkan Biden telah meletakkan sasarannya untuk menutup kelemahan cukai kripto dan ini kebanyakannya memihak kepada firma kaya sementara ia turut melibatkan penetapan peraturan pelaporan akaun aset digital asing.

Sepanjang satu dekad, transaksi aset digital dalam peraturan wash sale dijangka jana $25 bilion manakala peraturan mark-to-market lebih $7.3 bilion dan cukai eksais ke atas mining kripto boleh mengurangkan defisit negara kira-kira $7 bilion.

Jadi di sini dapat dilihat peraturan wash trading dapat menghalang pelabur daripada mengeksploitasi strategi beli balik pantas bagi menuntut kerugian cukai susulan matlamatnya adalah untuk memodenkan kod cukai bagi menangani cabaran ditimbulkan oleh pasaran kripto.

Konteks cadangan tersebut ialah landskap politik sehingga pilihan raya umum AS 2024, di mana Biden dan bekas Presiden Donald Trump telah merangkul pencalonan parti mereka.

Suka dimaklumkan pengenalan langkah-langkah pengawalseliaan itu adalah percubaan menyelesaikan kerumitan ekonomi digital dan ia juga beri tumpuan pada pendekatan tertumpu yang bertujuan memanfaatkan pasaran kripto untuk keuntungan monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat