Cukai Kripto India Jerat Syarikat Bursa Pertukaran Kripto Tempatan! Apa Dah Jadi?

113

Kerajaan India mengisytiharkan cukai 30% ke atas pendapatan daripada hasil keuntungan mata wang kripto yang diperolehi. Rentetan ini terdapat pengeluaran kripto bernilai Rs 32,000 crore, antara Februari hingga Oktober, 2022, daripada bursa domestik kepada pertukaran asing.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Esya yang berpangkalan di Delhi mendapati sebanyak 25,300 crore telah disalurkan dalam tempoh enam bulan pertama 2022. Ia diramalkan bahawa perkara ini bakal mendorong kepada kerugian $99.3 trilion dalam dagangan bursa kripto tempatan dalam tempoh masa 4 tahun.

“60.8 peratus daripada kejatuhan dalam jumlah pertukaran kripto berpusat India adalah disebabkan oleh keadaan pasaran domestik atau undang-undang cukai semasa Feb-Okt 2022.”

Pertukaran kripto berpusat domestik menyaksikan kerugian 15% dalam jumlah dagangan pada Februari dan Mac 2022. Mereka kehilangan 14% lagi antara April dan Jun. Antara Julai dan Oktober, mereka kehilangan 80% daripada semua jumlah dagangan.

Menurut laporan itu, terdapat bukti bahawa bursa berpusat India menderita dengan bursa pertukaran kripto di luar negara lebih menjadi pilihan pengguna bermula Februari 2022. Muat turun aplikasi bursa pertukaran mata wang kripto tempatan menurun 16% antara Julai dan September.

Tahun 2022 telah menjadi tahun yang mendukakan dan paling buruk untuk pasaran kripto. Jumlah had pasaran jatuh daripada $2 trilion pada 2021 kepada $819 bilion pada 4 Januari 2023. Tahun ini menyaksikan kejatuhan besar-besaran termasuk keruntuhan bursa pertukaran FTX.

Harga kripto terbesar, Bitcoin, telah mengalami penurunan sebanyak 70% sejak harga tertinggi sepanjang masa yang dikecapi pada November 2021.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat