Cukuplah Derita Ini, Tidak Usah Rishi Sunak Burukkan Lagi – Perniagaan UK

376

Perdana Menteri UK, Rishi Sunak berada di bawah tekanan meluas daripada pakatan kumpulan perniagaan, pekerja dan alam sekitar untuk menggugurkan rancangannya mengenai undang-undang Kesatuan Eropah (EU).

Ini susulan daripada laporan pada awal bulan ini mengenai pentadbiran baharu UK itu merancang untuk membuang semua undang-undang EU menjelang akhir tahun depan.

Organisasi termasuk Institut Pengarah, Kongres Kesatuan Sekerja dan Institut Personel dan Pembangunan Bertauliah memberi amaran bahawa langkah itu akan mencetuskan gangguan yang ketara terhadap perniagaan, pekerja, pengguna dan pemuliharaan.

Rang Undang-undang Kekal EU, adalah satu perundangan untuk pendukung Brexit yang percaya bahawa proses itu akan memberikan rangsangan produktiviti kepada ekonomi UK.

Namun begitu, melalui surat yang diutuskan kepada setiausaha perniagaan Grant Shapps pada Rabu, kumpulan itu mengatakan pelucutan undang-undang EU akan mendorong perniagaan ke dalam ketidaktentuan baru yang kini sedia bergelut dengan lonjakan inflasi.

Ketua pengarah Konfederasi Industri British (CBI), Tony Danker menggesa para menteri untuk mengetepikan motif politik untuk mendapatkan penambahbaikan kepada perjanjian perdagangan sedia ada UK dengan EU.

Minggu lalu, pegawai Bank of England (BOE) mengatakan bahawa Brexit telah menjejaskan ekonomi UK, di mana ia menyebabkan kesan yang tidak seimbang terhadap perdagangan.

Cara mudah untuk melihat impak Brexit kepada ekonomi ialah dalam tempoh selepas referendum (2016), terdapat penyusutan terbesar yang pernah dilihat oleh mana-mana empat ekonomi utama dunia dalam sekelip mata.

Itu menyumbang kepada kenaikan harga dan pengurangan gaji, walaupun sebelum inflasi melonjak tahun ini, kata BOE.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat