“Banyak betul dugaan ditimpanya, lepas ni negara apa pula yang nak dakwa Binance?’
Bursa gergasi mata wang kripto Binance sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis atas dakwaan pengubahan wang haram dan menawarkan perkhidmatan aset digital secara tidak sah, lapor seorang pegawai pejabat pendakwa raya di Paris.
Sudah sedia maklum Binance telah didaftarkan sebagai penyedia perkhidmatan aset digital (PSAN) dengan pengawal selia kewangan Perancis Autorité des Marchés Financiers (AMF), tetapi siasatan itu adalah berhubung operasi dijalankannya sebelum terima kelulusan pada Mei 2022.
Rentetan itu, Binance kini mungkin tertekan susulan bursa kripto tersebut turut menghadapi tuntutan mahkamah daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) kerana gagal daftar sebagai platform dagangan dan penjualan sekuriti.
Namun, Binance tetap akan terus bekerjasama rapat dengan pengawal selia mengenai semua keperluan pematuhan untuk menegakkan standard yang tinggi, ulas Changpeng Zhao (CZ) sambil menegaskan bahawa mereka sentiasa mematuhi undang-undang di Perancis.
Tambahnya lagi, Binance termasuk bursa kripto lain telah diadakan lawatan mengejut oleh pihak berkuasa Perancis dalam beberapa minggu lalu.
Baru-baru ini, Binance enggan menawarkan perkhidmatannya di Belanda selepas gagal mendapatkan lesen yang dapat menunjukkan bursanya memenuhi garis panduan pencegahan pengubahan wang haram (AML) negara.
Selain turut memohon untuk menamatkan pendaftarannya bersama pengawal selia sekuriti Cyprus, Binance telah menyuntik $116 juta melalui perkongsian bukan untung untuk membiayai ekosistem kripto Perancis.