CZ Nafi Jual Token FTT, Tapi Harga Terjun Sampai 20% Dalam 1 Jam!

191

Kejadian mengejutkan ditimpa mata wang kripto FTX (FTT) apabila membuat penerjunan 20% menembusi zon harga $20 dalam tempoh sejam terakhir yang kini didagangkan pada paras $15.79 dengan had pasaran 42.4 bilion.

Difahamkan bahawa FTT kerugian lebih $500 juta nilai penilaian dan jumlah erosion bernilai $1 bilion terjadi selepas mengalami kejatuhan drastik.

Menurut Colin Wu, pemindahan besar-besaran FTT dikenalpasti adalah dari Genesis OTT Desk dan menegaskan bahawa penurunan harga tersebut tiada kaitan sama sekali dengan Binance.

Namun begitu, Binance dikatakan telah menjual baki pegangan FTT dengan memindahkan setengah bilion aset digital tersebut ke platformnya.

Tindakan Binance berikut telah mengakibatkan kebimbangan di kalangan para pelabur susulan ia berkemungkinan akan menjadi situasi sama seperti pasaran LUNA.

Sementara itu, pelabur meramalkan bahawa Binance bertindak sedemikian adalah sebagai sebahagian daripada persaingannya bersama FTT.

Walaupun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) menafi pertuduhan tersebut sekeras-kerasnya dengan menyatakan sesungguhnya pemindahan itu hanyalah untuk proses pembubaran semata-mata.

Berpegang kepada unjuran tersebut, Binance merancang mencairkan token FTT dalam tempoh beberapa bulan akan datang serta mengekalkannya dalam pasaran bebas.

Pada sisi berbeza, CEO FTX Sam Bankman-Fried menegaskan bahawa syarikatnya dikawal selia dan kewangannya diaudit, malah FTX tidak akan sesekali melakukan sebarang penipuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat