Dagangan Bursa Tidak Goyah Kekal Pamer Rentak Agresif!

142

Dagangan Bursa Malaysia hari ini dibuka rendah susulan aktiviti profit taking setelah mencatatkan peningkatan agresif selama 5 hari berturut-turut.

Pasaran juga dilihat mengambil sikap berwaspada menjelang pengumuman mengenai barisan Kabinet negara pada hari ini.

Ketika pembukaan pasaran pagi ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.43 mata kepada 1,577.31 daripada 1,585.74 sewaktu ditutup pada semalam.

Namun pada 10.08 pagi, indeks FBM KLCI kembali melonjak 5.49 mata kepada 1,591.23 untuk kekal menyambung semula trend kenaikan.

Lapor Bernama, indeks utama itu dibuka 2.84 mata lebih rendah kepada 1,582.90.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 237 berbanding 152, manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,593 tidak diniagakan dan 65 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencatatkan sebanyak 197.8 juta unit bernilai RM98.89 juta.

Malacca Securities berkata indeks utama itu mengatasi sebahagian besar serantau pada semalam oleh kerana pelabur asing telah memperoleh ekuiti bernilai RM310.8 juta.

Di peringkat global, pelabur menantikan hasil symposium Jackson Hole tahunan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada hari ini yang mana ia akan menentukan dasar monetari.

Menurutnya, ketegangan geopolitik di Afghanistan yang kian meningkat juga dijangka akan menjadi perhatian terhadap pasaran pada ketika ini.

Firma broker mengatakan bahawa paras 1,600 bakal menjadi paras rintangan seterusnya untuk diuji sebelum mempamerkan isyarat pergerakan berikutnya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank jatuh lima sen kepada RM8.40, Public Bank susut dua sen kepada RM4.14 dan TNB jatuh empat sen kepada RM10.26. IHH naik satu sen kepada RM5.85 dan Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM8.29.

Bagi saham aktif, TFP Solutins naik setengah sen kepada lima sen, manakala Kanger dan Avillion masing-masing tidak berubah pada lima sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 44.31 mata kepada 11,495.13, Indeks FBM Emas Shariah turun 40.23 mata kepada 12,594.85 dan Indeks FBMT 100 jatuh 47.68 mata pada 11,201.40.

FBM 70 menjunam 15.96 mata kepada 14,949.83 dan FBM ACE turun 15.51 mata kepada 7,246.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 94.21 mata kepada 15,434.40, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.20 mata kepada 196.87 dan Indeks Perladangan meningkat 7.00 mata kepada 6,775.37.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat