Dagangan Emas Mendatar, Perkembangan Brexit Jadi Tumpuan

272

Harga emas sedikit berubah pada Isnin berikutan pelabur masih memantau perkembangan rundingan perdagangan AS-China dan Brexit selepas keputusan undian parlimen untuk menangguhkan undian ke atas Brexit sehingga memaksa PM UK Boris Johnson menghantar surat penangguhan Brexit kepada EU.

Kebimbangan terhadap kemelesetan berikutan data-data ekonomi yang lemah telah menyokong dagangan emas sementara tidak ada pemangkin yang kuat untuk memacu pergerakan harga.

Logam kuning telah didagangkan antara paras $1500 hingga $1480 sejak Isnin lepas dan kini ia didagangkan di sekitar paras $1490 setiap auns, menunjukkan sedikit perubahan bagi sesi di Asia hari ini.

Bank pusat China (PBOC) telah mengumumkan untuk menetapkan kadar pinjaman perdana setahun (LPR) pada 4.20% yang melepasi jangkaan pasaran untuk sedikit pengurangan kepada 4.15%.

Bagaimanapun, dagangan emas menunjukkan daya tahan daripada mengalami kerugian. Logam kuning biasanya cenderung untuk menyusut disebabkan keputusan bernada hawkish daripada bank pusat.

Di sisi lain, harga minyak merosot pada sesi Asia di tengah-tengah ketidakpastian terhadap prospek ekonomi global dan kesannya ke atas permintaan minyak manakala Rusia tersasar daripada sasarannya untuk mengurangkan pengeluaran minyak bulan lepas.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh sebanyak 14 sen kepada $59.28 setong manakala minyak mentah AS WTI menyusut sebanyak 10 sen kepada $53.68 setong.

Tanda-tanda bekalan minyak global yang masih banyak digabungkan dengan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi di China yang merupakan pengimport terbesar minyak telah menekan harga untuk terus turun pada sesi kedua.

Pengeluar minyak kedua terbesar dunia, Rusia tidak dapat memenuhi komitmen pengurangan pengeluarannya pada September kerana peningkatan dalam pengeluaran kondensat gas ali memandangkan negara sedang bersedia untuk menghadapi musim sejuk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat