Dagangan EURO Mula Mendatar Selepas Penurunan Sejak Awal Minggu

547

Dolar Euro terus diniagakan merosot dalam pasaran semasa pada minggu ini berikutan beberapa faktor yang menekan matawang Eropah tersebut.

Faktor utama adalah berdasarkan fundamental bank pusat Eropah yang berpendirian dovish dan lebih cenderung ke arah pelonggaran polisi monetari. European Central Bank (ECB) pada bulan lalu memberi isyarat penurunan kadar untuk mesyuarat Julai menjadikan rujukan utama pemain pasaran terhadap kejatuhan nilai dagangan Euro.

Selain itu, Euro sebagai matawang anti-USD menerima tekanan oleh lonjakan dagangan USD selepas pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping memberikan keputusan positif untuk rundingan dagang kedua negara tersebut.

Dagangan Euro sejak awal minggu ini dilihat menurun terutamanya berbanding matawang utama yang lain namun penurunan harga mula perlahan pada penghujung minggu ini. Data ekonomi zon Eropah secara keseluruhannya mencatatkan bacaan yang baik di mana data PMI perkhidmatan di Itali, Sepanyol dan Jerman khususnya sedikit meningkat berbanding bacaan sebelumnya.

Tumpuan pada sesi Eropah petang ini terarah kepada data jualan runcit di zon Eropah untuk bulai Mei pada jam 5 petang ini dengan jangkaan angka bacaan yang meningkat.

Jika diteliti pergerakan pada carta harga pasangan matawang EUR/JPY, corak pergerakan harga menunjukkan penurunan sejak awal minggu ini dari paras ketinggian yang dicatatkan ketika pembukaan harga untuk dagangan Julai.

Sejak awal minggu sehingga setakat dagangan hari ini, penurunan pada EUR/JPY telah merekodkan sekitar 200 pips penurunan sebelum harga lebih mendatar pada dagangan semalam dan bersambung sehingga hari ini.

Dagangan hari ini melihatkan harga bergerak di atas paras Magic Pivot 121.560 pada indicator Moshed Magic Line yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Momentum penurunan harga yang berjaya diteruskan dilihat akan kembali menguji zon support harga terdahulu yang diuji pada dagangan Jun lalu sekitar paras 121.000.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 121.299, 121.053, 120.792.

Paras resistance: 121.806, 122.067, 122.313.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat