Dagangan Komoditi Ini Terus Naik Minyak!

286

Emas hitam meneruskan pengukuhan pada hari Selasa berikutan sentimen pasaran yang disokong oleh jangkaan bahawa vaksin coronavirus akan segera diedarkan dan harapan terhadap OPEC+ untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak mentah.

Jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menerima vaksin pada pertengahan bulan depan sedikit sebanyak telah meredakan kebimbangan pasaran terhadap pemulihan permintaan minyak mentah global yang dilemahkan oleh krisis Covid-19.

Dalam pada itu, AstraZeneca memberitahu pada hari Isnin bahawa vaksin Covid-19 yang diusahakan mempunyai keberkesanan sebanyak 70% dalam percubaannya dan mempunyai keupayaan untuk meningkat 90%.

Selain itu, penerbitan data ekonomi AS yang memperlihatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan berkembang dengan kadar paling pantas pada bulan November juga telah menyokong dagangan komoditi itu.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan di paras tertinggi sejak awal Mac dengan meningkat 1.1% kepada $46.59 setong. Sementara WTI Amerika Syarikat pula melonjak 1.3% pada $43.64 setong, tidak jauh dari tahap tertinggi 3 bulan.

Para pedagang kini memberi tumpuan kepada pertemuan teknikal oleh OPEC dan sekutunya pada minggu depan (30 November-1 Disember) yang akan memutuskan sama ada mereka bakal melanjutkan komitmen pemotongan pengeluaran minyak mentah atau tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat