Dagangan Logam Kuning Kembali Susut Selepas Capai Paras Tertinggi 7 Minggu

347

Harga emas meningkat ke paras tertinggi tujuh minggu pada sesi Asia dan turut mencatat kenaikan mingguan terbaik sejak Ogos dengan peningkatannya dilihat sebagai perlindungan terhadap kelemahan dolar dan peningkatan volatiliti pasaran ekuiti pada tahun 2020.

Bagaimanapun, dagangan logam kuning itu kembali susut sebanyak 0.1% untuk diniagakan pada $1,509.56 manakala niaga hadapan emas kekal tidak berubah pada $1,514.40.

Data pada hari Jumaat menunjukkan keuntungan dalam sektor perindustrian China pada bulan November meningkat daripada penguncupan dari tahun sebelumnya manakala data pada hari Khamis pula menunjukkan penurunan dalam tuntutan pengangguran AS sekali gus membuktikan pasaran buruh AS yang masih kukuh.

Logam berharga itu telah mengalami kenaikan hampir 18% pada tahun ini, disebabkan oleh pengurangan kadar faedah oleh bank-bank pusat dan ketegangan perdagangan AS-China yang berterusan telah meningkatkan permintaan terhadap aset safe-haven.

Dagangan komoditi minyak mentah pula terus menguatkan pengukuhannya pada minggu ini dengan peningkatan sehingga mencecah paras tertinggi tiga bulan, masih disokong oleh keyakinan terhadap perjanjian yang bakal ditandatangani.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 24 sen kepada $68.16 setong manakala WTI Amerika Syarikat meningkat sebanyak 23 sen kepada $61.91 setong.

Institut Petroleum Amerika (API) memberitahu pada Selasa, inventori minyak Amerika Syarikat dilaporkan sebanyak menurun 7.9 juta tong pada minggu lepas berbanding penurunan sebanyak 4.7 juta tong yang dicatatkan sebelum ini.

Bacaan ini merupakan lebih besar daripada unjuran penurunan sebanyak 1.83 juta tong yang bakal diterbitkan secara rasmi pada malam ini oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat